Ahad, 31 Julai 2011

Kejayaan Milik Siapa Yang Berusaha..

 APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?

             APA ITU KARAT ( K ) ?

             KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
             24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

             STANDARD KETULENAN EMAS BARU
            ( a )       999        Emas Tulen 99.9% kandungan emas.
                                       Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam
                                       24K mengikut ukuran lama 
           
            ( b )       950        Emas Kelantan atau Emas 9½

            ( c )       916.6     Emas Singapura
                                       22K mengikut ukuran lama

            ( d )       875

            ( e )       835

            ( f )        750         18K mengikut ukuran lama

            ( g )       585         14K mengikut ukuran lama

            ( h )       375         SUASA – 9K mengikut ukuran lama

            Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

     
             STANDARD KETULENAN PERAK
           
             ( a )       958.4

             ( b )       925

             ( c )       830

             ( d )       800

             STANDARD KETULENAN PLATINUM

             ( a )       950      bermakna 95.0% kandungannya.

              CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN

              KARAT  X 100 = STANDARD KETULENAN
                              24

              CARA MENGUKUR KARAT

              STANDARD KETULENAN X 24  = KARAT
                                                  1000
         
              Contoh Pengiraan :
              Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 
              750  X  24 = 18K
                       1000

              Nama-nama lama panggilan kepada Emas :

             
             Emas Se Amas = 2.551 gm
       
             Emas Se Rial =2.70 gm
     
             Emas Se Kupang = 0.64 gm
           
             Emas 2 Kupang = 1.28 gm     ( Kupang Terengganu )
           
             Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
       
             Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm
     
             Emas 1 Mayam = 3.37 gm

             Hina Besi kerana karat        Mulia Emas kerana kilat



 


Hadis Payung Emas Di Syurga

Assalamualaikum!
Bagaimana status hadis yang menyatakan bahawa wanita yang mengizinkan suaminya berpoligami akan diberikan ganjaran payung emas di syurga?

Bagaimana pula status hadis-hadis lain (jika ada) berkenaan kelebihan berpoligami?

***********
Wa'alaikumussalam..Alhamdulillah.
Tidak pula saya berjumpa dengan hadith-hadith sahih mengenai ganjaran wanita yang mengizinkan suami berpoligami diberikan payung emas di syurga.

Bagi wanita solehah yang ta'at kepada suami, faham akan kebenaran agama terhadap poligami dan bersabar diatas kerenah suami, sudah tentu akan mendapat ganjaran daripada Allah swt.

Sudah tentu ganjaran yang terbaik bagi seorang isteri adalah balasan syurga. Dialam sebuah hadith Nabi saw bersabda :-

إذا صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وحصنت فرجها وأطاعت زوجها قيل لها : ادخلي الجنة من أي أبواب الجنة شئت
"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].

Allah swt amat suka kepada hamba-hambanya yang bersabar dan akan memberi ganjaran kepadanya. Segala dugaan, rintangan, kekecewaan yang di hadapi dengan redha, Allah swt tidak mensia-siakan hambanya Dari Abu Hurairah ra., Nabi saw bersabda :-

ما يصيب المسلم من نصب ولا وصب ولا هم ولا حزن ولا أذى ولا غم حتى الشوكة يشاكها إلا كفر الله بها من خطاياه‌
"Tidak ada kesukaran, penyakit, kekecewaan, luka, dugaan yang menimpa orang Islam, sehinggakan sekeping duri yang mencucuk dia, Allah swt akan mengkifarahkan baginya kesalahan-kesalahan". [Hadith Riwayat al-Bukhari #5642, Muslim #2573]

Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :-

ما يزال البلاء بالمؤمن والمؤمنة في نفسه وولده وماله حتى يلقى الله و ما عليه خطيئة
"Bala' akan terus menimpa orang yang beriman baik lelaki dan wanita, pada diri mereka, anak-anak mereka dan harta-harta mereka, sehingga dia bertemu Allah tanpa ada dosa keatasnya" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #2399]

Demikianlah ganjaran umum kepada seseoramg isteri yang membenarkan suaminya berpoligami, cuma tidak terdapat hadith-hadith yang khusus seperti ganjaran payung emas dsb. WA.

Sekian, wassalam
 
http://ustaznaim.blogspot.com/2010/01/hadis-payung-emas-di-syurga.html

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jumaat, 1 Julai 2011

Penemuan Mengejutkan ..... Misteri Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika menciumnya

Penemuan Mengejutkan ..... Misteri Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika menciumnya


HHRS2.0 - Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka'bah, iaitu sudut dari mana Tawaf bermula. Hajar Aswad merupakan jenis batu 'RUBY' yang diturunkan oleh Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri daripada lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.

Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kucup, dicium dan diusap-usap oleh berjuta-juta bahkan milyaran manusia sejak Nabi Adam, iaitu jemaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahupun untuk tujuan Umrah.

Hadis Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu 'Abas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia boleh melihat dan boleh berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar ".

Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan tawaf atau pada setiap pusingan, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Ertinya: "Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Kaabah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar".

ASAL - USUL HAJAR ASWAD

Ketika Nabi Ibrahim as bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim as bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunan dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Kaabah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail as pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail as sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril as memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim as Nabi Ibrahim A.Ş. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim as bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail as Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad.

Perhatikan Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya
1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: "HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby ​​syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya "

Dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

2. "'Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.''(Muttafaqun alaihi).

3. Mencium hajar aswad pada saat Haji Di Baitullah tidak boleh diwakilkan, Ia menjadi penyedut Dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.

Hadis Siti Aisyah RA berkata bahawa Rasul SAW bersabda:
"Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat ".

Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudorat atau faedah, begitu juga dengan Kaabah, ia hanyalah bangunan yang diperbuat dari batu. Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam prosesi ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Umar bin Khatabpun juga pernah mengatakan "Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu"

Jadi apa yang dilakukan berjuta juta umat islam, scientis muslim, dan orang-orang yang pandai bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dikatakan orang-orang yang picik sekali akalnya.

Kerana ada rahsia besar di sebalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya: "Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (QS. An-Najm: 53) "

Allaaahu Akbar, Tiada Tuhan lagi Yang Berhak Disembah Selain Allah dan Saya (Penulis) Bersaksi bahawa Muhammad saw adalah Utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul, Sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.

Mula Detik Ini mari kita cuba berkelakuan sebagaimana Nabi Muhammad, mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian, hingga tidurnya, sekalipun kita tidak memahami rahsia besar di sebaliknya.

Ahad, 19 Jun 2011

Seorang Wanita Tua Yang Menyaksikan Mukjizat Nabi Muhammad saw

Seorang Wanita Tua Yang Menyaksikan Mukjizat Nabi Muhammad saw


HHRS 2.0 - Secara diam-diam, Rasulullah SAW bersama Abu Bakar RA, Amir bin Fahira dan seorang penunjuk jalan bernama Abdullah bin Uraiqith bergegas meninggalkan Makkah menuju ke Madinah. Setelah dua belas tahun Rasulullah menyebarkan agama Allah di kota Makkah, namun tekanan dari kafir Quraisy kian bertambah.

Bahkan, kaum kafir Quraisy berniat untuk membunuh Rasulullah dan sahabatnya yang telah masuk Islam. Guna mengelakkan kekejaman kafir Quraisy, Rasulullah pun kemudian berhijrah ke kota Madinah.

Tanpa bekalan yang mencukupi, Rasulullah berangkat menuju ke Madinah. Sebuah perjalanan yang agak mencabar.

Di tengah perjalanan menuju kota Madinah, rombongan Rasulullah melewati sebuah khemah milik seorang wanita tua bernama Ummu Ma'bad di kawasan Qudaid-antara Makkah dan Madinah. Saat itu, Ummu Ma'bad sedang duduk di dekat khemahnya. Lantaran bekalan yang terhad, rombongan Rasulullah pun singgah ke khemah Ummu Ma'bad.

Rasulullah dan sahabatnya ingin membeli daging dan kurma dari Ummu Ma'bad. Namun, mereka tidak mendapat apa-apa. Saat itu, wilayah Qudaid sedang didera musim paceklik. Lalu Rasulullah melihat seekor kambing yang ada di dekat khemah Ummu Ma'bad.

Rasulullah pun bertanya, "Kambing betina siapa ini wahai Ummu Ma'bad?", Ummu Ma'bad menjawab, "kambing betina tua yang sudah ditinggalkan oleh kambing jantan." Rasulullah kembali bertanya, "Apakah ia masih mengeluarkan air susu?" Ummu Ma'bad menjawab, "Bahkan ia tak mengandungi air susu sama sekali.''Lalu Rasulullah meminta izin," Bolehkah aku memerah air susunya? "

Ummu Ma'bad menjawab, "Jika engkau merasa boleh memerahnya, maka sila lakukan.''Nabi Muhammad SAW pun mengambil kambing tersebut dan tangannya mengusap beg susunya dengan menyebut nama Allah dan mendoakan Ummu Ma'bad pada kambingnya tersebut.

Tiba-tiba kambing itu membuka kedua kakinya dan keluarlah air susu dengan derasnya. Kemudian Rasulullah meminta sebuah bekas yang besar lalu beliau memerasnya sehingga penuh. Beliau memberi minum kepada Ummu Ma'bad hingga ia puas, lalu beliau memberi minum rombongannya hingga mereka pun puas.

Dan beliau adalah orang yang terakhir minum. Beliau kemudian memerah susu untuk kedua kalinya sehingga bekas tersebut kembali penuh, lalu susu itu ditinggalkan di tempat Ummu Ma'bad dan beliau pun membai'atnya. Setelah itu rombongan pun berlalu.

Tidak lama kemudian, datanglah suami Ummu Ma'bad dengan membawa kambing-kambing yang kurus kering, berjalan lemah. Setelah melihat susu, dia bertanya kehairanan, "Dari mana air susu ini wahai Ummu Ma'bad? Padahal kambing ini sudah lama tidak hamil dan kita pun tidak mempunyai  susu di rumah?" Ummu Ma'bad menjawab, "Demi Allah, bukan kerana itu semua. Sesungguhnya seseorang yang penuh berkah telah melewati (rumah kita), sifatnya begini dan begitu." Abu Ma'bad berkata, "Ceritakanlah kepadaku tentangnya wahai Ummu Ma'bad."

Ummu Ma'bad bertutur: "Aku melihat seorang yang tawadhu (rendah hati). Wajahnya bersinar berkilauan, baik budi pekertinya, dengan badannya yang tegap, indah dengan bentuk kepala yang sesuai bentuk tubuhnya.''Ia adalah seorang yang berwajah sangat tampan. matanya elok, hitam dan lebar, dengan alis dan bulu mata lebat nan halus. Suaranya bergema indah berwibawa, panjang lehernya ideal, janggut nya tumbuh tebal dan sangat kontras lagi sesuai warna rambutnya; rapi, rata pinggir-pinggirnya a (dengan jambangnya) dan antara rambut dan janggutnya bersambung rapi.

Jika dia diam, nampaklah kewibawaannya. Jika dia berbicara nampaklah kehebatannya. Jika dilihat dari kejauhan, dia adalah orang yang paling bagus dan berwibawa. Jika dilihat dari dekat, ia adalah orang yang paling tampan, bicaranya jelas, jelas, tidak banyak dan tidak pula sedikit. Nada bicaranya seperti untaian mutiara yang bergu guran.

Beliau berperawakan sedang, tidak tinggi dan tidak pula pendek. Dia bagaikan sebuah dahan di antara dua dahan. Dia antara ketiga orang itu, penampilannya yang bagus dan kedudukannya paling tinggi. Dia mempunyai banyak teman yang mengelilinginya. Jika dia berbicara, maka yang lain pun mendengarkannya. Jika dia memerintah, maka mereka akan melaksanakannya. Dia adalah orang yang ditaati, tidak cemberut dan bicaranya tidak sembarangan.

Abu Ma'bad berkata, "Demi Allah, dia adalah seorang dari Quraisy yang sedang diperbincangkan di kalangan kami di kota Makkah. Aku ingin menjadi sahabatnya. Sungguh aku akan melakukannya jika aku boleh mencari jalan untuk mendapatkannya."

Sungguh terperinci sifat sifat Rasulullah yang dituturkan Ummu Ma'bad. Kisah Ummu Ma'bad sangat masyhur, diriwayatkan dari banyak jalan yang saling menguatkan satu dengan yang lain. (diterjemah dari situslakalaka)

Sabtu, 18 Jun 2011

HIMPUNAN PELBAGAI DOA05.06.10

KADANG-KADANG MENGAPA SEGALA USAHA KITA TIDAK BERJAYA KERANA KITA TIDAK BERDOA DAN MINTA PADA ALLAH SEDANGKAN YANG MENJADIKAN SESUATU ITU BERLAKU HANYA ALLAH…KADANG-KADANG KITA SOMBONG TIDAK MINTA PADA ALLAH…JADI ANGKATLAH TANGAN DAN MOHONLAH DOA….
Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta’ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.
Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan “Jawami Al-Kalim” iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.
Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا – يَدْعُو – دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.
Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:
a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:

Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu…
(Surah Yunus ayat 106)
b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:

…dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:

…mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu…
(Surah Al-Mukmin ayat 60)
d. Doa yang bererti An-Nidaa’ (panggilan). Seperti Firman Allah:

Iaitu pada hari DIa memanggil kamu…
(Surah Al-Isra’ ayat 52)
e. Doa yang bererti Ath-Thana’ (pujian). Seperti Firman Allah:

Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman…
(Surah Al-Isra’ ayat 110)
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:

Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah…
(Surah Yunus ayat 10)

Doa untuk memudahkan sebarang urusan


Maksudnya:
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.
doa
DOA PEMBUKA
DOA PENDEKAT JODOH
Doa Qunut Nazilah
Maksudnya:
Maksud Doa Qunut Nazilah


doa13


doa14
doa19


doa21


doa22


doa25


doa26


doa27


doa29
Doa48

Doa ketika dukacita dan sedih



Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Doa ketika ditimpa bencana



Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi da Tuhan Arasy yang mulia.

Maksudnya:
Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.

Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah tergolong daripada orang-orang yang zalim.

Maksudnya:
Allah, Allah Tuhanku, tidak akan aku sekutukanNya dengan sesuatu.

Doa ketika berhadapan dengan musuh



Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan Engkau sebagai penghapus mereka dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka.

Maksudnya:
Ya Allah, engkaulah Pembantuku dan Engkaulah Penolongku dan dengan pertolongan Engkaulah aku berperang.

Maksudnya:
Cukuplah bagi kami pertolongan Allah dan Allahlah sebaik-baik penolong.

Doa ketika takutkan kezaliman pemerintah



Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan tujuh lapis langit dan Tuhan Arasy yang agung, jadilah pelindungku daripada Fulan bin Fulan…(sebutkan nama), dan kuncu-kuncunya daripada makhlukMu yang mahu bertindak jahat atau ganas ke atasku. Sangat mulia pelindunganMu dan sangat tinggi pujianMu, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.

Doa ke atas musuh



Maksudnya:
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang pantas perhitungannya, kalahkanlah kumpulan kafir. Ya Allah, kalahkanlah mereka dan goncangkanlah kedudukan mereka.

Doa apabila takutkan musuh



Maksudnya:
Ya Allah, lindungilah aku daripada kejahatan mereka dengan sesuatu yang Engkau kehendaki.

Doa bagi mereka yang was-was dalam beriman


  • Hendaklah memohon perlindungan dengan Allah.
  • Berhenti daripada memikirkan perkara yang meragukan.
Kemudian baca:

Maksudnya:
Aku beriman dengan Allah dan Rasul-RasulNya.
dan baca:

Maksudnya:
Dialah yang awal dan Dialah yang akhir, Dialah yang zahir dan Dialah yang batin, Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Doa supaya dapat membayar hutang



Maksudnya:
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.

Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.

Doa menghilangkan was-was dalam solat atau ketika membaca Al-Quran



Maksudnya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam”.
Dan ludah ke sebelah kiri tiga kali.

Doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak disukai



Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya.
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah. Kedua-duanya baik. Bersungguhlah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu. Minta tolonglah kepada Allah dan jangan lemah.
Apabila kamu ditimpa sesuatu kesusahan, jangan berkata: ‘Seandainya aku berbuat begini..dan begitu..’ tapi berkatalah: ‘Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya’. Sesungguhnya perkataan ‘Kalau/seandainya’ akan membuka pintu bagi gangguan syaitan”.

Doa untuk mengusir syaitan dan gangguannya


(i) Memohon perlindungan dengan Allah dari gangguan syaitan.
(ii) Melaungkan azan.
(iii) Membaca zikir dari hadis-hadis Nabi dan membaca Al-Quran.

Doa ketika bangun dari tidur


Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.

Doa ketika memakai pakaian



Maksudnya:
“Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku”.

Doa ketika memakai pakaian baru



Maksudnya:
“Ya Allah bagiMu segala pujian, Engkaulah yang memakaikannya padaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan tujuan ia dicipta dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatannya dan kejahatan tujuan ia dicipta”.

Doa apabila melihat orang memakai pakaian baru



Maksudnya:
“Sekiranya rosak, semoga Allah menggantikannya”.

Maksudnya:
“Pakailah pakaian baru baru dan hiduplah dalam keadaan terpuji dan matilah dalam keadaan syahid”.

Doa ketika masuk tandas



Maksudnya:
“Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina”.

Doa ketika keluar tandas



Maksudnya:
“Aku memohon keampunan daripadaMu”.

Bacaan sebelum berwudhu’



Maksudnya:
“Dengan nama Allah”.

Bacaan selepas berwudhu’



Maksudnya:
“Aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagiNya dan aku mengaku bahawasaya Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya

Bacaan selepas berwudhu’



Maksudnya:
“Aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagiNya dan aku mengaku bahawasaya Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya.

Doa ketika keluar rumah



Maksudnya:
“Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah”.

Maksudnya:
“Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku”.

Doa ketika memasuki rumah



Maksudnya:
“Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal.

Doa pergi ke masjid



Maksudnya:
“Ya Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada lidahku (percakapanku) cahaya, pada pendengaranku cahaya, pada penglihatanku cahaya, dari atasku cahaya, dari bawahku cahaya, dari kananku cahaya, dari hadapanku cahaya dan dari belakangku cahaya, Jadikanlah dalam diriku cahaya, besarkanlah cahaya bagiku dan agungkanlah cahaya bagiku. Jadikanlah bagiku cahaya serta jadikanlah diriku cahaya. Ya Allah, berikanlah kepadaku cahaya dan jadikanlah dalam urat sarafku cahaya, dalam dagingku cahaya, dalam darahku cahaya, pada rambutku cahaya dan pada kulitku cahaya”.

Doa ketika keluar masjid



Maksudya:
“Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah, aku memohon kepadaMu limpah kurniaanMu. Ya Allah, Peliharalah daku dari syaitan yang direjam”.

Bacaan ketika dan selepas azan


Sesiapa yang mendengar azan hendaklah mengulangi kalimah yang diucapkan muazin kecuali ketika:

dan

Ketika itu sebutlah:

“Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah”.

Doa istiftah (permulaan solat).



Maksudnya:
“Ya Allah, jauhilah di antaraku dan kesalahanku seperti Engkau jauhkan di antara timur dan barat. Ya Allah sucikanlah aku dari kesalahanku seperti dibersihkan kain yang putih dari kotoran. Ya Allah bersihkanlah aku dari kesalahanku dengan salji, air dan air sejuk”.

Doa solat istikharah


Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.
Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: “Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:

“Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah”.

Zikir pagi dan petang



“Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Esa dan selawat serta salam ke atas Nabi yang tidak ada lagi nabi selepasnya”.

Zikir selepas solat



Maksudnya:
“Aku memohon keampunanMu Ya Allah”.
(tiga kali)

Maksudnya:
“Ya Allah, Engkau sejahtera daripada keaiban, daripada Engkaulah (datangnya) kesejahteraan, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah, Tuhan yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan”.

Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian



Maksudnya:
Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.

Istighfar (meminta ampun) dan taubat


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.
Sabdanya yang bermaksud:
Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.
Sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca:

Maksudya:
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.
Sabdanya yang bermaksud:
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.
Sabdanya yang bermaksud:
Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.

Doa perlindungan untuk anak-anak

Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:

Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).

Doa ringkas selepas solat



Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
DOA PENDINDING, MURAH REZEKI, TINGKATAN MARTABAT, MUDAH ROH KELUAR DAN SEBAGAINYA.

( Baca selepas solat Maghrib & Suboh sebanyak 7X )

1. Bismillah hirohmanir rahim.
2. Lakhod jaa akum rasullu min anfusikum, azizun ‘alaihi maa anitum harison ‘alaikum bil mukminin naro ufun rahim,
3. Fa’in tawallau fakhul hasbiyallah hula illa ha illa huwa ‘alaihi tawakal wahua rabbul ‘arsil ‘azim.



Maksud Ayat :
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi
Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang
ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula
menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.
3. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah
bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia; kepadaNya .Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar.”
DOA NABI IBRAHIM SEMASA DIBAKAR
(Baca 7X selepas Solat Maghrib & Suboh selama 21 hari)
1. Bismillah hirahman nir rahim.
2. Qul na yaa narukunni, bardan wassalaman ‘ala ibrahim,
3. Salaamun ‘alaa nuhhin fil ‘alamin,
4. Salaamun qau lam mirrabir rahim,
5. Salammun hiyahatta maf la’il fajr.


Maksud Ayat :
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Kami berfirman: “Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta Selamat sejahtera kepada Ibrahim! “.
3. “Salam sejahtera kepada Nabi Nuh Dalam kalangan penduduk seluruh alam ! ”
4. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
DOA JIKA TERKENA HASUTAN IBLIS ( Histeria )
( Baca pada air dan renjiskan ke muka atau badan pesakit )
1. Bismillah hir rahman nir rahim.
2. Salammun qaulam mir rabbir rahim – 3X
3. Wam taa zul yau ma aiyuhal mujrimun, alam aq had ilaikum yaa bani adama ‘ala taqbudu syaitan, innahu lakum aduu un mubinn – 3X
4. Haa zihi jahannam – 2X
5. Haa zihi jahannamatul lati qun tum tuu adun – 1X


Maksud Ayat :
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
3. dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang Yang kafir): “Berpisahlah kamu pada hari ini, hai
orang-orang Yang berdosa, (dari bercampur gaul Dengan orang-orang Yang beriman).
4. Bukankah Aku telah perintahkan kamu Wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan
menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh Yang nyata terhadap kamu!
5. Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, Yang kamu selalu diancam
memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
DOA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SEKIRANYA TERLALU DEGIL.
(Baca pada air dan diberi minum
1. Bismillah hirahman nir rahim.
2. Tho Ha
3. Ma anzalna alaiqal quran lalitash kho
4. Illa tazkhirotal liman yaqsha
5. Tanzil lamminman kho lakho ardho wassamawa til ‘ula
6. Arrahman nu’ala ‘arsis tawa
Maksud Ayat :
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Taa’ Haa.
3. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menanggung
kesusahan.
4. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang Yang takut melanggar perintah. Allah
5. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) Yang menciptakan bumi dan langit Yang tinggi.
6. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.
DOA UNTUK MEMBUKA HATI ORANG SUPAYA CEPAT MEMBAYAR HUTANG.
Hendaklah dilakukan Solat Sunat Tahajud dahulu.
Selepas bacaan Surah Al-Fatihah pada raka’at Pertama dan Kedua bacalah :

1. Surah Al-Insyirah 3X
( Alam Nashrah )
Surah An-Nashr 4X
( Qul a’u zubirabin nas )

3. Surah Al-Ikhlas 7X
(Qul Huwallah hu ahad )
Selepas selesai solat hendaklah berzikir seberapa banyak yang boleh sambil berniat di dalam hati supaya dibukakan dan dilembutkan hati si anu untuk membayar hutang kita. Insyaallah jika diizinkan Allah cepatlah kita dapat menerimanya.
Zikir nya :
Allah Humma Inni, A’u zubikamin, Gholabatid daini, Wasyamatatil, Aqda’a
DOA UNTUK MENEMBUSI / MENJELAJAH KE ALAM GHAIB.

( Semasa hendak tidur amalkan membaca doa ini sehingga terlena dan niatkan tujuan kita )
Hadiahkan Fatihah untuk Baginda Rasullah, Para Sahabat, Para Anbia dan diri kita sendiri
Kemudian bacalah kalimah ini :
1. Al yak lamuman kho lakho wa huwa lathifful khabir
Maksud Ayat :
1. Tdakkah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam PengetahuanNya!
DOA PEMBUKA SIHIR.
(Dibaca pada buah limau dan letak didalam bekas air dan sapu kebadan pesakit yang terkenasihir tadi)
“Allahummaftah alaina, futuhal, Arifinna, Bihikmatika,
Wansyurk alaina, Birohmatika Wazarkkirna, Maanasita, Ya zaljalal hiwal iqram”

DOA KETIKA PEPERIKSAAN

Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.” -
Doa selepas mengulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
Doa Pada Hari Peperiksaan: berdoalah dengan doa-doa berikut pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung…mudah-mudahan mendapat hikmah daripada Allah Taala :
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
2. Ketika menerima kertas soalan
:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
3. Ketika sukar menjawab:ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
4. Atau:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
5. Jika anda terlupa jawapan:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku
Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doa yang lahir dari hati yang ikhlas dan suci murni. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari hambanya. Selamat maju jaya kepada semua calon-calon yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Amin.